Misi Tercapai pada hari ke-21!

Tan Ming Kiong @ Frankie

Photo: 
Contact Number: 
+60 12 661 3813
Hobbies: 
Melancong (Backpacking), Sukan dan sedikit DIY.

Saya, beca dan Nenek saya.

Mendiang nenek saya adala satu-satu sebab bagi saya untuk memiliki sebuah beca.
Tidak mampu untuk berjalan, pada suatu petang semasa menolak nenek dalam kereta roda sambil bersiar-siar di taman perumahan saya, satu idea terlintas dalam fikiran saya bahawa kenapa tidak pergi mendapatkan satu beca untuk nenek. Dengan ini, saya boleh membawa nenek dengan lebih jauh dan lebih lama.

Sebagai seorang yang aktif, kereta tidak menjadi pilihan utama bagi saya. Walaupun pergi ke bandar dan kawasan sekitarnya saya tetap akan memilih dan menunggang basikal pada bila bila masa. (berlaku pada tahun lepas, iaitu 2008 dan bercadang untuk tinggal menetap setelah hidup di negara Eropah selama 10 tahun yang lalu)

                   

Bermula dari saat itu juga, saya membut beberapa panggilan kepada kawan untuk mendapatkan sebuah bace. Saya juga telah pergi menemui beberapa penarik beca di perkarangan “Bangunan Merah Melaka”. Kawan saya, Ivan juga telah mengatur beberapa pertemuan dengan penjual beca. Kesemua itu ialah beca yang disimpan dan sedia untuk perniagaan seperti beca-beca yang anda lihat di jalan-jalan di Melaka.

Pada tanggal 26/03/08 kawan saya, Judy telah memberitahu saya bahawa bapanya mempunyai sebuah beca di taman belakang rumahnya. Bapanya biasa membawa cucu-cucunya mengelilingi kawasan perumahan sewaktu mereka kecil. Semakin cucu-cucunya membesar, minat mereka terhadap becanya berkurangan. Oleh sebab itu, beca itu ditinggalkan di belakang taman rumahnya. Berterima kasih kepada Judy, dia telah berjaya memupuk ayahnya untuk menjual beca itu lalu menyuruh saya datang ke rumahnya untuk melihat beca tersebut. Saya telah mengalami perasaan (cinta pandang pertama) apabila melihat beca itu. Walaupun beca itu tidak berada dalam keadaan yang begitu baik tetapi bagi saya ianya boleh diperbaiki semula. Saya seterusnya menguruskan sebuah lori untuk mengangkut beca itu pada hari tersebut juga.

Walau apajua pun saya tidak peduli jika cerita itu benar atau tidak, sebelum saya menolak beca itu keluar dari taman rumahnya, bapa Judy telah memberitahu saya bahawa beca itu bukan sebarang beca. Ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Tun Dr Mahathir sekali dulu pernah dibawa menaiki beca oleh pakcik yang berpunya beca sebelum itu ketika pada satu lawatannya ke Melaka. WOW! Canggihkan!!!!

Saya mengambil masa dua minggu untuk meleraikan dan membuka rangka beca itu. Saya telah mewarnai rupa baru untuk beca itu sebelum dihantar ke kedai basikal untuk membaiki kerosakan lain. Kemudian 2 minggu lagi diambil untuk memberi kusyen dan bumbung yang baru.

Pada 16th Januari 2009, nenek saya telah meninggal dunia. Hal ini telah memberi semangat bagi saya untuk meneruskan usaha dalam kebajikan ini. Walaupun keselamatan merupakan keutamaan tetapi dia tetap menyokong saya dengan sepenuhnya.

Dalam tempoh singkat antara 2008 dan 2009 saya telah mendapat peluang untuk membawa nenek saya menaiki beca sehingga beliau menjadi terlalu lemah dan berbahaya untuk menaiki beca lagi.

Jauh dalam sudut hati saya, saya tahu rohnya akan sentiasa bersama-sama saya dalam usaha menjalankan misi kebajikan saya ini. Semoga Tuhan merahmati rohnya. Keluarga, rakan dan jiran-jiran saya juga pernah menaiki beca saya sejak saya membelinya. Ia merupakan satu pengalaman yang manis.

Specially Thanks

  • Ray of Hope - The sun brightens up all things...
  • Road BlogG - The passionate life of a hobbyist...
  • Meng Chwen Blog - Scattered Seeds from Swirls...
  • SBM Malaka - Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) adalah sebuah pertubuhan...

(More to go...)