Perancangan & Penajaan
Pelan awal saya ialah untuk mencari seorang rakan tetap untuk mengayuh beca bersama saya supaya kami boleh bergilir-gilir mengayuh dan mempunyai perjalanan yang tiada gangguan apabila seseorang berehat. Namun begitu, selepas mencari, saya mendapati bahawa ianya sangat sukar untuk mencari rakan tetap. Namun, tanpa berputus asa, saya tetap akan meneruskan misi ini.
Saya faham bahawa masa dan kerjaya adalah factor yang menghalang ramai daripada menyertai misi ini, namun dengan adanya sokongan daripada kawan kawan yang akan menolong dan menyertai saya biarpun untuk sehari dua, maka ianya adalah lebih baik daripada tanpa pertolongan langsung.
Ketika ini, saya telah berjaya menerima bantuan daripada beberapa orang rakan yang akan menolong bersama-sama saya menarik beca. Namun demikian, saya masih memerlukan pertolongan and bantuan daripada anda semua. Jika anda berminat untuk menyertai and membantu saya, bersama-sama kita akan bergembira dan bersatu padu menguji kemampuan diri serta menjadi sebahagian usaha membantu pusat-pusat kebajikan. Jika anda berminat, anda adalah dialu-alukan untuk menghubungi kami.
Saya mempunyai sekumpulan teman rapat yang tidak dapat menyertai misi-misi ini tetapi mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk membantu daripada segi pentadbiran.
Akhir sekali, jika anda tidak dapat menyumbang secara fizikal, bantuan anda dari segi kewangan kepada organisasi-organisasi kebajikan ini adalah amat di hormati untuk menjayakan projek amal ini.
Saya akan menanggung 100% perbelanjaan saya sepanjang misi ini. Pada masa yang sama, saya akan mencari penaja-penaja untuk menyumbangkan terus kepada organisasi kebajikan Malaysia.
Keep it up! Well Done!
read more
V is for the Very special people that you are
O is for the Overwhelming support & compassion you offer others du...
read more
Thump up' for all the committee members especially Kek Kuan and those who have contributed to the success of the activitie...
read more
It is very meaningful. I am very touch by everyone who involved in the walk. You all are so supportive and full of compass...
read more