Kayuhan 800 km Becaman
Kayuhan 800 km Becaman
Sebuah beca yang dibeli oleh Frankie Tan untuk membawa neneknya berjalan-jalan, akhirnya digunakan untuk kerja-kerja kebajikan selepas pemergian neneknya.

NIAT untuk mengumpul dana bagi empat organisasi awam membawa lelaki bernama Frankie Tan, 40, menjelajah dari Melaka ke Langkawi sebelum 'menyeberang laut' ke Pulau Pinang dengan mengayuh beca.
Mengakhiri kayuhannya di Pulau Mutiara pada hujung Jun lalu, beliau berjaya menamatkan perjalanan sejauh kira-kira 800 kilometer selama sebulan.
Tan menyifatkan pengembaraannya itu cukup mengujakan.
Dikenali juga dengan nama Becaman memberitahu, dia cukup teruja dengan kenderaan roda tiga itu, lalu menyimpan cita-cita mengayuh untuk kerja-kerja kebajikan.
Walaupun idea itu tercetus pada Mac tahun lalu, Tan mengambil masa lebih setahun untuk menunaikan impiannya. Hasratnya itu tertunai apabila kembaranya bermula pada 6 Jun lalu.
Menariknya, pengembaraan Tan menggunakan beca terpakai miliknya yang dibeli beberapa tahun lalu daripada rakan bapanya pada harga RM400.
"Saya memang peminat beca dan kenderaan yang digunakan untuk jelajah ini mulanya dibeli untuk kegunaan peribadi iaitu membawa nenek bersiar-siar di sekitar bandar Melaka.
"Tetapi selepas pemergian beliau pada Januari lalu, saya terlintas mengapa tidak lakukan sesuatu dengannya. Dari situ timbullah idea melakukan penjelajahan ini. Saya gembira dengan segala sokongan yang diperoleh," kata beliau ketika ditemui di Hotel Cititel, Pulau Pinang.
Bagi memenuhi impiannya, Perunding Teknologi Maklumat di Melaka itu sanggup bercuti tanpa gaji.
Sepanjang pengembaraan itu, Tan mengayuh beca secara bergilir-gilir dengan lapan rakan-rakan lain yang berlepas dari Padang Pahlawan, Melaka selepas dilepaskan oleh Ketua Menteri Negeri itu, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Tan berpuas hati kerana penjelajahan bersama rakannya Hung Kok Cher, 36, selamat tiba di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Mereka disambut oleh Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Law Heng Kiang. Perjalanan beliau menyusuri bandar-bandar di persisiran pantai seperti Port Dickson, Morib, Klang, Sabak Bernam, Pulau Pangkor, Langkawi dan akhir sekali di George Town.
"Setiap hari kami memulakan perjalanan sekitar pukul 7 pagi dan tamat menjelang tengah hari.
"Sebaik tiba di lokasi berehat, peluang itu kami gunakan dengan mendekati setempat memberitahu tentang misi kayuhan ini selain memuat turun gambar-gambar dan maklumat perjalanan dalam blog khas penjelajahan ini, iaitu www.thetrishawman.com.
"Walaupun terpaksa berhujan berpanas, hasrat untuk mengumpul dana bagi Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia, Women's Aid Organization (WAO), Early Intervention Centre (WINGS) Melaka dan Persatuan Menolong Haiwan (SPCA) Melaka tidak pernah luntur.
"Keempat-empat organisasi ini memberi sokongan penuh terhadap percubaan ini, begitu juga kerajaan negeri Melaka dan Pulau Pinang.
"Syukur kerana sepanjang perjalanan kami tidak mengalami apa-apa masalah besar. Hanya cuaca hujan sebanyak tiga kali, jerebu di Klang, brek longgar dan kabel brek yang patah.
"Semua itu masalah kecil yang mampu diatasi," kata beliau yang turut berdepan dengan jangkitan selesema dan batuk semasa di Kuala Kedah tetapi masih meneruskan perjalanan mereka.
Sebelum memulakan penjelajahan ini, beliau membuat latihan mengayuh beca jarak jauh tiga hingga empat kali seminggu, dengan jarak paling jauh dari Melaka ke Muar.
Kini dengan kutipan dana yang mencecah RM150,000, Tan amat teruja dan berterima kasih dengan segala sokongan masyarakat awam khususnya di bandar-bandar kecil yang mereka lawati.
(News published in KOSMO on 27 July 2009.)
eguoobpf payday loan Canada =-] payda...
read more
zefmgzxp payday loans online rsFDpt b...
read more
gtgcdzb payday loan WiOuR payday lo...
read more
azqsnp payday loan Canada 8]]] payday...
read more