ANAK MELAKA KAYUH BECA SEJAUH 600 KILOMETER
BANDA HILIR, 6 Jun - Sesuatu yang mengagumkan. Seorang anak Melaka, Frankie Tan sanggup mengayuh beca sejauh 600 kilometer dari negeri ini ke Pulau Pinang hanya kerana ingin mencurah bakti bagi mengutip dana kebajikan berjumlah RM200,000 untuk membantu empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini.
Frankie, berusia 40 tahun, sanggup bercuti dari tugasnya sebagai Konsultan Teknologi Maklumat di United Kingdom semata-mata untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan menetapkan tempoh sebulan untuk sampai ke Pulau Pinang.
Kesanggupan Frankie mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyempurnakan upacara pelepasan beliau di perkarangan Kota A Famosa di Banda Hilir di sini, pagi tadi.
Mohd Ali mengumumkan kerajaan negeri akan menyumbangkan sebanyak RM5,000 kepada setiap pertubuhan tersebut.
Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Frankie berkata, dana yang dikutip akan diserahkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), Persatuan Menolong Haiwan Melaka (SPCA), Pertubuhan Perkhidmatan Kebajikan Sayap Rajawali Melaka (WINGS) dan Persatuan Pertolongan Wanita (WAO).
``"Saya akan mengayuh beca bermula dari Melaka dan akan berakhir di bangunan Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown. Selain mengutip dana membantu empat badan NGO, saya juga akan mempromosikan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terbaik di Malaysia di sepanjang perjalanan," katanya.
Frankie berkata, dia mula merancang untuk mengayuh beca sejak Oktober tahun lalu bagi menunaikan impian yang dipendam sejak sekian lama.
"Saya akui untuk mengayuh beca seorang diri dari Melaka ke Pulau Pinang, bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan ketahanan fizikal yang kuat selain perlu memiliki keazaman yang tinggi," katanya.
Sepanjang kayuhan itu, Frankie akan diiringi oleh beberapa pembantu bagi menjamin keselamatan beliau.
Menurut Frankie, persiapannya untuk menghadapi laluan sejauh 600 kilometer dilakukan dengan cukup rapi dengan menjalani latihan mengayuh beca dari Melaka ke Muar sejak tiga bulan lalu.
"Sepanjang kayuhan tersebut, saya akan melalui beberapa bandar kecil seperti Port Dickson, Banting, Morib, Lumut, Segari sehingga ke laluan pesisir pantai di Butterworth sebelum memasuki Pulau Pinang," katanya.
Tambahnya, sepanjang perjalanan itu, beliau turut akan berhenti di beberapa lokasi termasuk berehat beberapa hari di Pulau Pangkor serta merakamkan gambar untuk dimuatkan di dalam album Satu Malaysia selain mempromosikan program Cuti-cuti Malaysia untuk Negeri Melaka.
Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi perjalanan yang dilalui Frankie dari Melaka ke Pulau Pinang boleh melayari laman web www.thetrishawman.com.
(News published in Melaka Hari Ini on 07 Jun 2009.)
News Releases
| Date Published | Title |
|---|---|
| 07/27/2009 | Kayuhan 800 km Becaman |
| 07/07/2009 | Long trishaw ride for a good cause |
| 06/29/2009 | ‘Superstar’ reception |
| 06/08/2009 | Pedalling to help charities |
| 06/07/2009 | ANAK MELAKA KAYUH BECA SEJAUH 600 KILOMETER |
| 06/07/2009 | IT consultant wheels a grand deal for grandma and charity |
| 06/07/2009 | 獲街坊親友大力支持‧陳明強從古城門開踩 |
| 06/05/2009 | 為慈善從古城北上檳城‧陳明強明起義踩1個月 |
| 05/16/2009 | 喚起社會關愛扶助弱勢一群‧青年6月踩三輪車做慈善 |
| 05/07/2009 | Here comes the trishaw man |
V is for the Very special people that you are
O is for the Overwhelming support & compassion you offer others du...
read more
Thump up' for all the committee members especially Kek Kuan and those who have contributed to the success of the activitie...
read more
It is very meaningful. I am very touch by everyone who involved in the walk. You all are so supportive and full of compass...
read more
Dear Uncle Frankie,
Thank you very much!
Your kind action helps to bring back my brother and my mother to me...
read more